Friday, November 21, 2008

seekers..!!!!

Makhluk Halus
merujuk kepada makhluk yang tidak mempunyai jasad sebagaimana manusia. Makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat primitif. Kewujudan makhluk halus boleh dikesan dalam cerita-cerita dongeng, kitab agama, dan cerita-cerita lisan. Meskipun demikian, sesetengah pihak mengklasifikasikan jin dan syaitan ke dalam kelompok makhluk halus juga.


1 mlm yg pnuh dgn tekanan,ad segerombalan rakan yg x der keje nk wt..mmg x bleh pkai...
m'branikn dri nk jejak makhluk Allah t'sbut...
idea spe ntah....blk jer dr mapley,tros ajak "seekers"...
dgn pnuh truja,segerombolan kawan nie pn gie la dgn mke pnuh kriangan...















sebelum memulakn operasi...lbih kurg kol 3 lbih
kot...(knpe gmbr blur..???,jeng....jeng...jeng...)

















bangunan yg m'jd sasaran....1st time tngk dpn2 tgh2 mlm....agk+mmg seram...
(blok krismas yg x siap,UKM bangi...)
















dalam blk gelap...smue crita pngalamn msing2 ttg makhluk Allah 2....
(cerah sbb flash kamera)
















stlh slesai smueny...(x b'jye la 2...)

Saturday, November 15, 2008

kawan dan cinta....

Di suatu hari yang indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung.
Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.
Kenapa?
Kerana CINTA itu buta.
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.
Kenapa?
Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !
Di dalam telaga CINTA hilang.
Kenapa? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.
Kenapa? Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia.
Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI...

Friday, November 14, 2008

konfabulator....
















tambah ckit aksesori kt desktop korg...
bg meriah ckit.....
mcm2 'widget' ader....

Download jer
(5.35MB)

Thursday, November 13, 2008

BijAk b'GauL...????

uji diri korang utk tau smada korg pandai b'gaul @ x......

1. korang menghadiri kenduri kesyukuran di rumah bapa saudara pada satu hujung minggu. Setibanya di rumah itu, korang dapati ramai orang di depan dan di dalam rumah. Tindakan anda...
a.bersalam atau menyapa orang ramai.
b.terus masuk ke dalam rumah.
c.memberi senyuman sahaja kepada mereka.

2. Dalam satu temasya sukan tahunan. korang dimasukkan ke dalam sebuah rumah sukan. Akan tetapi, tiada seorang pun daripada ahli rumah terbabit yang korang kenal rapat. korang
a.terus beramah mesra dengan ahli yang lain, demi semangat kesukanan.
b.hanya menumpukan kepada latihan untuk mendapat pingat.
c.bertanya atau bercakap untuk perkara yang perlu sahaja.

3. Dalam satu jamuan rumah terbuka di rumah korang, korang lebih suka...
a.menyambut dan melayan tetamu yang datang.
b.menyediakan makanan dan menguruskan pinggan mangkuk di dapur.
c.menunggu di ruang dapur, dan menjenguk ke depan sekali-sekala apabila pertolongan diperlukan.

4. Adakah korang merasakan bahawa kemahiran bergaul dan berkomunikasi itu penting?
a.Sangat penting.
b.Tidak penting.
c.Kurang penting.

5. Semasa menyiram pokok bunga di halaman rumah, adakah korang menegur sapa jiran-jiran di sebelah rumah?
a.Ya
b.Tidak
c.Kadang-kadang.

6. Pada pandangan korang, adakah bijak bergaul itu bermakna korang terlalu ramah, sehingga segala hal orang hendak diketahui?
a.Bukan begitu. Pergaulan yang baik penting untuk memudahkan kerja setiap hari dan menghargai hubungan sesama manusia.
b.Ya. Pada korang, bijak bergaul itu ialah hanya bergaul pada perkara yang tidak terlalu penting.
c.korang sendiri tidak begitu pasti.

7. Sekiranya korang masih bersekolah, perlukan korang bergaul dengan guru-guru di sekolah? Mengapa?
a.Perlu untuk menjalin hubungan yang baik dengan guru dan berkongsi ilmu dengan mereka.
b.Tidak perlu kerana bagi anda lebih baik menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.
c.Ada masanya perlu mengikut keperluan anda.

8. Pada fikiran korang, apakah kelebihan dapat bergaul dengan baik?
a.Dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.
b.Tidak banyak kelebihan selain menyibuk hal orang lain.
c.Tidak terlalu banyak kelebihan kecuali jika ada hal yang penting sahaja.

9. Adakah korang memilih kawan semasa bergaul?
a.Ya, selagi kawan tersebut tidak mengajak ke arah kemungkaran.
b.Ya, kawan yang serasi sahaja.
c.Ya, melihat kepada keadaan dan keperluan.

10. Semasa makan di kafe ketika waktu rehat , adakah korang suka makan bersama dengan pelajar-pelajar lain?
a.Ya.
b.Tidak.
c.Tengok keadaan.


*JAWAPAN KORANG LEBIH BANYAK A*
korang memang bijak bergaul. Teruskan kelebihan ini. Bagi korang, bijak bergaul penting untuk menjalankan hubungan yang baik. korang sememangnya gembira apabila sentiasa dapat berhubung dengan ramai orang. Dengan pergaulan yang luas, korang suka bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dengan orang lain. Sikap korang ini perlu dikekalkan.
* JAWAPAN KORANG LEBIH BANYAK B*
korang tidak suka bergaul atau bercampur dengan orang ramai. Pada korang, lebih baik menjaga hal masing-masing daripada terlalu mengambil tahu hal orang lain. Sebenarnya pandangan korang ini tidak tepat, kerana bergaul bukan bererti menyibuk hal orang lain. korang patut mengubah sikap yang terlalu mementingkan diri ini.
* JAWAPAN KORANG LEBIH BANYAK C*
Sebenarnya korang teringin bercampur dengan ramai orang. Akan tetapi, sikap kurang yakin pada diri sendiri menjadikan korang kekok berkomunikasi. Cuba lengkapkan diri dengan ilmu.


sElAMaT....!!!!

3 hari...!!!!

Hari pertama : Hari kemarin.
Kita x bleh mengubah apa pn yang telah t'jadi.
Kita x dpt menarik perkataan yang telah t'ucapkan.
Kita x mungkin dpt menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yg kita rasakan kemarin.
Biarkan hari kemarin b'lalu dengan tenang;
lepaskan saja…

Hari kedua : hari esok.
Hingga mentari hari esok terbit,
Kita x tahu apa yang akan terjadi.
Kita x dpt melakukan apa-apa esok hari.
Kita x mungkin sedih atau ceria di esok hari.
Esok belum tiba; belum tentu esok hari kita dpt merengkuhnya...
biarkan saja…

Yang t'sisa kini hanyalah hari ini.
Pintu masa lalu telah t'tutup,
Pintu masa depan pun belum tiba.
Pusatkan saja diri kita untuk hari ini.
Kita dapat mengerjakan lebih banyak perkara hari ini bila kita mampu memaafkan hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.
Hiduplah hari ini. Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan pemikiran yang rumit.
Hiduplah apa adanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang abadi.
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meski mereka berlaku buruk pada kita.
Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, kerana mungkin besok cerita sudah berganti.
Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapakah diri kita sendiri

Jadi, jangan biarkan masa lalu mengekangmu atau masa depan membuatmu
bingung & buntu, lakukan yang terbaik HARI INI dan lakukan sekarang juga.

Wednesday, November 12, 2008

petuA...

Kebaikan amalan meminum air panas selepas makan

Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Monday, November 10, 2008

utara malaysia...

basir------basiaq

jom kita blajaq loghat org utara...kot2 sapa2 ada awek/balak org utara ka...
blajaq la...


Saya-------- Saya (mengikut sebutan baku)

Dia---------- Dia (mengikut sebutan baku)

Mana--------Mana (mengikut sebutan baku)



Huruf ‘r’ di akhir kata tukar dengan bunyi ‘q’.

Bergetar------------Bergetaq

Ular---------------- Ulaq

Telur ---------------Teloq



Bunyi ‘i’ di tengah tukar dengan bunyi ‘ia’:

Pasir--------------Pasiaq

Baligh ------------ Baliaq



buang huruf ‘g’ dibelakang kata:

Kambing -----------Kambin

Kuning -------------Kunin

Anjing --------------Anjin



Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard:

Awak / Kamu -----------Hang

Mereka -----------------Depa (sebutan baku)

Sekejap -----------------Sat

Kenapa -----------------Awat

Pergi -------------------Pie

Kelapa -----------------Nyoq



loghat perlis ad beza skit dgn utara yg laen...

Kasut ----------------Kasuit

Pulut ---------------- Puluit

baHasA hAti...

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.

Semua itu haruslah berasal dari hati anda.
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula.

Kejayaan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya.

Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan
merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, membujuknya dengan berbagai
gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.

Jadi,mulailah dengan melembutkan hati...

(spe yg x phm,miskol aku k...)

Sunday, November 9, 2008

arsenal vs man.utd



(mke org tue tkot kne rembat ngn org muda...)






akhirny.....
arsenal mng ngn mu....wahahahaha....
kpd pnyokong mu,pdn mke...
trime la knyataan yg mu lmah...
hahahaha....
arsenal...????
mantap....player muda2 jer....x pyh smpn yg tua2...huahuahua...
arsenal mng 2-1....nasri score 2 bjik....fabregas assist....( x der player tua pn ).....
mu hrp gol last mnit...2 pn defender yg skor...
mne gie striker..????ronaldo..???rooney..???adoi....adoi....
pnyokong mu jgn 'get low'...hahaha
trima la knyataan dh klh ngn arsenal,liverpool...seri ngn chelsea...
rsenye dh bleh jangka dh mu season nie mcm mne...hahahaha
sronok btol la mlm nie...smue pnyokong mu moral down....

so....
aku bkn nk promote arsenal...
tp aku nk mngajak korg spye jgn skong mu {MAN. UNITED..)
wawawawa......

Saturday, November 8, 2008

asal usul elektik...

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Tuesday, November 4, 2008

Perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia. Jom b'fkir sejenak......

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, totapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemanju lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).

5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negar a sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.

Monday, November 3, 2008

aku ske die ker...???
aku sayang die ker..???
aku minat die ker...???
aku cinta die ker..???

haaaaa.....jom kte tngk ap beza suka,syg,mnt n cinta....

Cinta -

kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia
tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang -
kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.



Suka -
kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat -
apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.

kawan yg sejati...

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

so,pndai2 la kte cari kawan sejati....dan....kte pn kne jd seorg kwn yg sejati..............

arak....!!

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…"

moral...fikirla btol2 sblm jd cikgu..hahahah

Sunday, November 2, 2008

kopi pahit.....!!!!

Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??

Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.