Friday, November 6, 2009

terlepas sudah.....


jumpa lagi sem depan wahai manek urai......

nie jer yg aku boleh ucapkn kpd manek urai....
akhirnya, terlepas sudah beban aku....
walaupun exam final x abeh lg, tp trase sprti bebas...
bebas sebebas bebasnya....
smuany sbb tesis yg telah berjaya d hntr...
tp mcm biase la, kalo keje last minit nie mmg ad jer yg x kne..
kpd rakan-rakan geo 3rd year yg laen, jgn serius sgt....
tu smue x pnting...2 unit jer pn....
sem dpn bru wt btol2 sbb 4 unit...
mlm nie kte boleh berfutsal.....tiap2 mlm....
tmbah2 lg aku hmpir pulih 100%...
hahaha

sedang aku menaip nie, ak mendapat khbr brita daripd mohd raysdan mohd rais....
bahawa sesungguhnya, akn diadakan majlis futsal....
tepat jam 12 mlm...
ermmmm...tu la yang aku tunggu sebenarny.....
wahahahaha

selamat tinggal geosejah & tektonik.....
mmmuuuaaahhhhhhh.......

pppssstttt......
trase ingin pulang ke rumah...
dh lme x blk rmh....
mak sdg mnanti d rumah....
x nk bia mak dok sorg2 kt rmh.....
msti ingt aku ank mnje kn...waaahhhaahhaaaaa........

Saturday, October 31, 2009


menaip utk menghilangkn kebosanan.....
tatkala exam mikropaleontologi yang bakal menjelma next week.....

21hb-23hb Oktober
telah berlangsung seminar latihan ilmiah 1......
bertempat di bilik mesyuarat bangunan geologi UKM & makmal peta bangunan geologi UKM....
kesemua pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda bagi kursus geologi perlu membentangkan tesis mereka bermula dari awal hinggalah hasil terkini kajian mereka.....
setakat ini dahulu utk pendahuluan.....

bagi aku, seminar nie best....
walaupun kne tembak bertubi-tubi oleh para pensyarah, namun ia tlah memberi pengajaran yang berguna buat semua.....
aku pun kne serang.....tiada satu serangan pun yang aku berjaya mengelak....
dan aku hanya mampu membalas semua persoalan tersebut dengan senyuman.....

trime kasih kpd semua pihak yang telah mengadakan seminar nie..

caucinci.....sehingga bertemu lg dgn kisah yang membelenggu hidup ini....

Tuesday, October 20, 2009

tak sempat memerut......


x dapat dipisahkan lagi dengan menatang nie....


sape bleh tolong bagitau aku ap yang ada dalam nie...

hhhuuuuaaaawww....
minggu nie merupakan minggu yg perit bg aku hinggakan nak memerut pun x sempat....
report seminar..
report mikropaleontologi....
slide show pembentangan....
pembentangan tesis.....

mungkin ini dugaan pelajar tahun akhir geologi ukm....
ibarat lembu dicucuk idong, aku menurut segala kemahuan profesor2 aku...
aku harap, lepas pembentangan tesis nie, aku dapat kembali bernafas....
sementara menanti semester akhir yang pasti akan menentukan hala tuju aku....





Wednesday, September 30, 2009

mengungkap rahsia......

tambahan kepada post sebelum ni...
tentang illuminati....
untuk menonton 52 video tentang illuminati....klik di sini

terima kasih kepada rasydan kerana berkongsi dengan aku...
itu saja untuk kali ini...
jom tido...

Thursday, September 17, 2009

ILLUMINATI......hati-hati....



mungkin korang dah tau pasal benda nie....atau mungkin ada yang belum tau...
aku pun baru jer tau...
aku baru dengar perkataan nie dari mmber aku...Da'os Haliman (bukan nama sebenar)....
aku agak tertarik dengan apa yang diceritakan oleh beliau....
lalu, aku mula membuat pencarian dalam internet...
maka aku terjumpa satu artikel tentang disebalik "the ILLUMANATi" nie....
yang bertajuk "the secret order of the illuminati"....
aku tak larat nak crite sebijik-sebijik apa yang dinyatakan dalam website tersebut...
jadi, bagi mereka yang berminat nak baca, boleh la klik di sini.




mesti korang pernah tengok gambar2 nie.....
terfikir sejenak, gambar piramid dan bermata 1 ini wujud dalam wang kertas 1 dollar...




ada juga yang terdapat dalam sebahagian logo US dan UK government....
ada lagi 1 website yang ada memberikan maksud "mata" pada simbol illumianti tersebut.
klik sini.




ditinggalkan satu persoalan....
dan, adakah kematian michael jackson ada kaitan dengan "the ILLUMINATI" ini.....???

Monday, September 7, 2009

kembara 4ever.....





x-ydp2 kelab....



ydp kelab sesi 09/10



ahli kelab yang paling kacak....



kembara 4 ever.....





5hb September 2009......
Majlis Berbuka Puasa Bersama Alumni Kelab Kermbara.......

sebelum pape,
secara peribadinya, dari segi kehadiran alumni,
aku rasa majlis tahun nie lebih berjaya berbanding tahun lepas...
tahniah aku ucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakannya...
jutaan terima kaseh kepada alumni-alumni yang dapat hadir bagi menjayakan lagi majlis pada tahun nie....
yang paling penting....KOMITMEN.....haha
seawal batch tahun 1983 pun ada yang datang....
dari Perak plak tu....memang respect rrr....

lepas jumpe dengan alumni-alumni kelab kembara nie,
aku semakin kagum & bangga menjadi salah seorang ahli kelab kembara....
tertarik dengan cerita pengalaman diorang semasa di UKM...
huh...memang dasyat...
tambah-tambah lagi semuanya mempunyai kerjaya yang bagus-bagus...

harap ahli kelab yang ada sekarang, akan terus maju bersama kelab kembara....
jangan biarkan kelab nie terkubur....
aku pun bakal menjadi alumni kelab tak lama lagi...haha

Tuesday, September 1, 2009

di sebalik bazar......




bazaarrrrrr...
cukup sinonim perkataan nie dgn bulan Ramadhan..Bulan yg MULIA...
apa yang wujud di bazar nie..???
bukan ini yang menarik minat aku....
ada sesuatu yang menarik minat aku tentang bazar Ramadhan....
bukan orang Islam jer yang datang ker bazar nie....
bukan Islam pun ada...
tak salah pun....apa salahnya....
apa yang menarik..???
yang menariknya, apabila orang Islam dah tak macam Islam....
haaaa....
aku tak nak fokuskan....
tapi aku rasa kt semua tempat pun macam nie...
dan inilah yang dikatakan Islam akhir zaman...
menjadi lebih menarik dengan "struktur-struktur" lipatan, kekar, rejahan,kembaran (istilah geologi)dan banyak lg
(harap maaf, istilah sebenar tidak dibenarkan penggunaannya di sini)...
berdasarkan survey yg dilakukan,
kebanyakan mereka yg pergi kebazar ini terutamanya kaum lelaki,
adalah kerana mereka tertarik dengan "struktur-struktur" berkenaan....
jika struktur-struktur berkenaan lahirnya dari mereka yang bukan beragama Islam,
memang kita sudah sedia maklum...
tp, jika lahirnya dari mereka yang beragama Islam,
puasakah mereka..???(itu yg menjadi tanda tanya....)
renung-renungkan...
dan.....
selamat beramal...wahahaha.....

Saturday, August 29, 2009

di sudut pemikiranku....


"ku merintih, aku menangis,
ku meratap, aku mengharap"

tamat exm mid-sem tetonik & geologi petroleum, agak lega aku rasakan...
minggu depan, mikropaleontologi & geologi sejarah menanti.....
berbekalkan dengan kelebihan memonteng kelas,
aku akan cuba hadapi exam tersebut dengan gembiranya.....
walaupun secara zahirnya aku tidak risau akan exam-exam yang aku lalui ini.....
namun, jauh disudut hatiku, hanya DIA yg tau....

disudut laen otak aku,
terfikir-fikir pula untuk melaksanakan tugas bagi pembentangan seminar aku....
bilakah....
bagaimanakah....
buku-buku sudah dipinjam.....
tapi akhirnya ianya menjadi hiasan meja stadi aku seperti biasa.....

nun dipuncak kepala otak aku sekarang,
berbuka nanti nak apa ya..????
wahahaah....
cau dulu.....

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadhan...



Ramadhan telah pn tiba...
aku harap hrp Ramadhan kali ini akn menjadi lebih baek dr yg sebelumnya buat diri aku...
maklumlah, x der yg perfect dlm diri nie....

hr nie, 1st time aku sahur mkn mcD...hahahaha
ap kejadahnya aku nie...
nk wt mcm mne....
lpak2....tibe2 ad yg mengeluarkn idea gie mcD...
hah...
ibarat org mengantuk kne tumbok,
mmg setuju jer...
hahaha....
ok la...i2 jer utk kali nie....
caucinci.....
pastikan niat untuk berpuasa....
hanya kerana Allah Taala...












Salam Ramadhan buat semua umat Islam...
semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita semua....

Thursday, August 20, 2009

naluri seorang ibu......

setelah sekian lama tidak memblogkn diri....
kini aku kembali lg....
dgn pengalaman yg dh sebati dgn diri....

18hb 08 2009
tlh memberi aku 1 pengajaran yg amat bermakna dlm idop aku....
terlalu panjang jika aku nk crikan ap yg berlaku....
aku hanya ingin berkongsi akibat drpd tak mau dengar ckp mak.....
dan bnda nie tlah terjadi ats diriku yg serba lemah ini.....

naluri seorang ibu selalunya benar belaka.......






aduuhhhh


alahai.....


iktibar......