Saturday, February 6, 2010

BeRakiT-RakiT di hUlu......





29-31hb JANUARI 2010......

KK,UKM kembali lagi dengan Kembara Nur Lembah Lenggong....
Anjuran Rakan Muda UKM dengan kerjasama Kolej Rahim Kajai & Kolej IbrahimYaakub.....
Dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan...
  • Berakit di Sungai Perak
  • 'Flying Fox' merentas Sungai Perak
  • 'Night Walk'
  • 'Jungle Treking' hutan semula jadi
  • Melawat Muzium Arkeologi Lenggong
  • Macam-macam lagi....
-------------------------------------------------------------------------
Kem kali nie dirasakan antara program KK yg berjaya selepas Kembara Tasik Kenyir (2008), Ekspedisi Sedayu River Camp (2009).....

peristiwa menarik kali nie:
  • makanan lebih mantap berbanding kem2 sblm nie...tahniah & jutaan terima kasih diucapkan kepada L*%CAP, B@OL, S*AL & urusetia makanan yang laen.....haha
  • aktiviti yang padat sehinggakan peserta hanya dapat tido 4 jam sehari......hal ini telah dibuktikan dengan urusetia yang tiada masa untuk tido langsung.....
  • terdapat 2 orang urusetia khas yang diangkut dari HUKM untuk menjaga kesihatan para peserta....hal ini dibuktikan dengan tiadanya masalah kesihatan sepanjang program....kecuali demam & sakit hati.....
  • bunyi harimau semasa 'Jungle Treking'....pendapat laen menyatakan itu hanyalah bunyi kentut seseorang....mungkin uncle....
  • bertemu dengan PERAK MAN di Muzium Arkeologi.....walaupun tidak sempurna lagi, beliau tetap mempunyai pengenalan diri iaitu kad pengenalan gergasinya.......
  • 'Flying Fox' dengan gaya SUPERMAN memberi sedikit kesan kepada peserta lelaki...wahahaha...keasa apa..???tu yang kite tak tau tu.....
  • terdapat salah seorang urusetia yang hampir tersalah menaiki bas.....walaupun bas tersebut adalah bas UKM, tetapi destinasinya berlainan...Pulau Pangkor barangkali.....
  • istilah "grenade" menjadi pegangan para peserta sepanjang program.....
tidak berdaya lagi nak ceritakan segalanya..
sangat rugi buat mereka yang terlepas program nie.....
kalau datang UKM semata-mata untuk belajar, lagi la rugi....
dah keje nanti, susah nk cari program2 mcm nie......

tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah...B*RUA.....
KEMBARA tetap di hati...............



MALAM BBQ


MENGESAN BUNYI TAPAK KAKI



BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN



JUNGLE TREKKING DI LATA KEKABU




GAYA SUPERMAN....SAKIT TANG MANA.??





PERAK MAN BERSAMA I/C NYA....




KKUKM



ppssstttt://setiap kali kem, mesti ramai peserta wanita....tu yang best tu...hahahaha

Thursday, February 4, 2010

wAkil SemUa....

21hb JANUARI 2010.....

sama seperti universiti laen....
Pilihan Raya Kampus (PRK)....UKM...
bermula dengan penamaan calon pada 18hb....
diteruskan dengan tempoh berkempen selama 3 hari.....
kemenangan berpihak kepada Aspirasi UKM...(21-14).......

apa yang besh..???
  • 2 orang rakan aku menjadi calon pada PRK kali ini....saudara Rasydan n Aiman....bertanding untuk kerusi Fakulti Sains & Teknologi (FST)....mereka yang aku kenali sejak dari bangku matrikulasi lagi....yang kini bersama-sama berjuang dalam bidang geologi.....
CALON KITA......(RASYDAN & AIMAN)
  • aku menjadi pencadang kepada saudara Rasydan yang bertanding bawah tiket Aspirasi UKM.....


MEMPERAGAKAN BAJU GAYA UKM
  • salah seorang jentera Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dirasuk.....membuatkan semua berkempen didalam surau hingga subuh hari....
  • berlaku pertelingkahan antara 2 pihak jentera...tentang kes penurunan banner calon.....ada pengajaran yang boleh diambil.....
  • melihat awek-awek Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) berkawal ditengah malam sepanjang tempoh berkempen....membuatkan ramai yang tertarik untuk ke KPZ....
  • berlaku rusuhan yang dasyat di UKM selepas pengumuman dilakukan......keamanan UKM terjejas...mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih.....
semua yang disenaraikan ini adalah antara perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang PRK....banyak lagi yang menarik....tapi sukar untuk dinyatakan disini.....
kepada mereka yang berjaya dalam PRK kali ini, jalankan tugas anda.....
supaya tiada pihak yang kecewa......



MEREKA YANG MENDAPAT TEMPAT DIHATI WARGA FST

pppssssttttt://PRK turut memberi kesan kepada KK......

Sunday, January 10, 2010

CUTEBABYBOY YANG MENANG.....


9hb JANUARI 2010.......

Cutebabyboy & Yang Menang......
dua nama team yang menarik.....
menyertai futsal GEOLOGI-UKM.....
kategori UNIVERSITI....

Player Yang Menang:
Aimirul Fahmi (KAKASHI), Mohd Harisuddin (SUDIN), Fahrul Afifi (FIFI), Sa'id Hasan (KEPIT), Mohd Helmi (AMY), Mohd Zaki (ZAKI), Mohd Rashdan (DAN), Abdul Razak (AJAK), Mohamad Basir (BASIAXXX)......
(TERLUPA NAK SNAP GAMBO YANG MENANG..)

Player Cutebabyboy:
DIN GEO, KONAN GEO (KAPTEN KIT), MANAN GEO, JIMIE GEO, KASHI GEO, AUNI GEO, NIPON GEO, ZAM member DIN GEO, SHAFIQ GEO, BASIAXXX GEO....


CUTEBABYBOY......


RESULT::::::
Yang Menang VS Paceroh FC 0-0
Yang Menang VS ISFT Merah 0-0
Yang menang VS Bunker FC 2-0

Cutebabyboy VS MPI FC (i'm sori...x bleh bg tau....)
Cutebabyboy VS Pantera Kilat 1-2
Cutebabyboy VS Polo FC 0-1
-------------------------------------------------------------------------

agak kecewa yang aku rasakan apabila Yang Menang tidak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya......
disebabkan oleh perbezaan jaringan....
tapi tetap bangga dengan peningkatan team n "tanpa bolos" yang dialami.....
mungkin belum ada rezeki.........

walau bagaimanapun...
buat Cutebabyboy....
ini tournament pertama yang kita sertai....
mungkin kita perlu lebih kerap mengadakan perlawanan selepas ini....
banyak permintaan nk lawan ngn GEO..don wori...haa....

-------------------------------------------------------------------------

betapa hebat tak hebatnya aku....
boleh join 2 team skali.....
demi keseronokan, aku sanggup...hahaha

tahniah buat student 2nd Year GEOLOGI....
yang berjaya menganjurkan tournament secara besar-besaran ini.....

sekian laporan untuk kali ini....
-melaporkan dari k16A 406 KRK,UKM (12.00 pm)-

pppppppssssssstttttttttt://terima kasih buat penaja team Yang Menang...haha

Sunday, January 3, 2010

yang menang........


2hb JANUARI 2010........
belum terlambat untuk mengucapkn selamat tahun baru kepada semua.....
post nie bukan tentang tahun baru, mahupun azam tahun baru dan juga tidak termasuk dalam bajet 2010.....

dengan azam tahun baru yang tinggi,
majlis festivel kajai (MeFeK) telah menganjurkan pertandingan futsal yang aku sendiri pun tak pasti tertutup @ terbuka UKM..........
berbanding tahun lepas, tahun nie hanya di sertai oleh 18 pasukan sahaja........
(waduuhhhh,,, dah macam penulis akhbar sukan plak.....)

dengan berbekalkan nama team "yang menang", serta ahli pasukan yang kacak-kacak belaka (sudin, ajak, emi, rashdan, joe, basiaq, dan diketuai oleh fifi) pasukan aku mengorak langkah menuju ke gelanggang....
dan akhirnya.....
ym FC vs Rokaholic FC 0-2......
ym FC vs Geletah FC 1-0.........
ym FC vs Putra FC 1-2.....

penyingkiran diperingkat kumpulan memang sudah dijangka...
& memang itu y ang kami harapkan....
jadi, tiada istilah kecewa dalam diri kami.....
tahniah buat Putra FC yang menjadi juara futsal MEFek...........
(uisshhh....macam bleh tulis untuk info kajai nie....)

sekian sahaja untuk berita kali ini...
sehingga bertema lagi dihari dan waktu yang telah ditakdirkan.....
-melaporkan dari k16A 405-

ppsssstttt://futsal geologi-ukm menanti....team mne yg aku nk masok nie....kajai @ geo..????

Saturday, December 26, 2009

bahasa jiwa kacau.....



"interview exxon-mobil......kepada pelajar geologi tahun 3 yang cgpa 3 ke atas...bolehlah menghantar resume soft copy dan hard copy kepada prof. kamal selewat-lewatnya awal tahun depan..resume soft copy amatlah digalakkan dan antar terus kepada emel prof kamal yer...."

mesej yang diterima....
bunyi mmg menarik minat....
kalo ikot syarat mmg lepas kecuali satu....
FASIH BERBAHASA INGGERIS.....

pikir punya pikir, mcm tak layak pun ada....
komfem soalan interview aku jawab YES..YES..YES...

takder ker syarikat yang perlukan orang yang fasih berbahasa MELAYU...???
akhirnya aku dpt membuat kesimpulan....
aku rasa, kepada mereka yang fasih berbahasa MELAYU macam aku, mungkin kita layak bekerja di luar negara...
kerana,
kalau dalam MALAYSIA kita perlu fasih bahasa INGGERIS, komfem kt luar negara kita perlu fasih berbahasa MELAYU....

renung-renungkan.....

ppppppsssssssssssttttttt:// jom layan "wali band-emang benar"......satu pasangan tak cukup...dua simpanan juga tak cukup.....hahahaha
download di sini


Tuesday, December 15, 2009

gumbira....gumbira.....


gumbira...gumbira....
mendapat keputusan yg membanggakan.....
keputusan yang dapat menaikkan semangat n memberikan harapan...
tahniah diucapkan..
keputusan:
  1. pasukan bola sepak Malaysia layak ke final sukan SEA...dengan menewaskn LAOS 3-1.....masa untuk membalas dendam ke atas VIETNAM....
  2. ARSENAL berjaya menewaskan LIVERPOOL di gelanggang lawan....dengan ARSHAVIN sekali lagi menjadi wira di ANFIELD.....
inilah keputusan yang menggembirakan aku....
ermmm....
17hb nie akan dapat lagi 1 keputusan....adakah keputusan tersebut dapat menggumbirakan aku...??????



pppppssssstttttttt://akhirnya aku dapat berbuka puasa...stelah b'minggu2 puasa futsal....hahahaah

Sunday, December 6, 2009

banjir dan faedahnya........


wuulllaaaa...wullllaaa......
assalamualaikum.........
seteleh menyepi, menyendiri termasuk membutakan diri,
dapat juga aku menguatkn diri utk menapak ke sini....

tak bnyak benda yang aku wt mse cuti nie....
menebas semak kt kelapa sawit,
tanam pokok,
dan membuta....
aku juga sempat ambek lesesn L kereta...
nk wt mcm mne...bru ad mse nk ambek lesen....

aku juga telah ke manjung...
menziarahi kakak aku di sana....
d samping memasang niat utk survey tempat utk konvoi geologi....
tapi apakn daya, cuaca tidak mengizinkn....
dah mcm wt karangan plak dah aku nie.......

aku ingin mengucapkn syukur ke hadrat ilahi....
di sebalik bencana banjir yang di timpakan oleh-NYA,
di situ aku beroleh sesuatu....
bukan bermakna aku suka tengok orang laen kena banjir...
semua yang berlaku ada sebabnya...n mungkin ada himahnya...
di sebabkan banjir di pantai timur, aku tak dapat nak gie fieldwork dlm mse cuti nie...
yang bagosnya aku dpt berehat panjang mse cuti nie......
tapi yang tak bagosnya, sampel batu aku kt ukm msih kekal dlm bentuk batu...
aku tak tau ble die nk b'ubah kpd irisan nipis....haha
ada lagi yang tak bagos....ble tak dapat gie kelantan, mcm mne aku nk sempurnakan aku pnye latihan ilmiah..???
ermmmm......walaubagaimanapun, aku bersimpati dengan mereka yang mengalami bencana banjir...
banyak2kn bersabar n berdoa.....marilah bersama2 bermuhasabah diri kita....

pppssssttttt://meratapi kekalahan arsenal dua kali berturut2....sungguh jmemedihkan...adkah ini juga kesan daripada banjir..????

Friday, November 6, 2009

terlepas sudah.....


jumpa lagi sem depan wahai manek urai......

nie jer yg aku boleh ucapkn kpd manek urai....
akhirnya, terlepas sudah beban aku....
walaupun exam final x abeh lg, tp trase sprti bebas...
bebas sebebas bebasnya....
smuany sbb tesis yg telah berjaya d hntr...
tp mcm biase la, kalo keje last minit nie mmg ad jer yg x kne..
kpd rakan-rakan geo 3rd year yg laen, jgn serius sgt....
tu smue x pnting...2 unit jer pn....
sem dpn bru wt btol2 sbb 4 unit...
mlm nie kte boleh berfutsal.....tiap2 mlm....
tmbah2 lg aku hmpir pulih 100%...
hahaha

sedang aku menaip nie, ak mendapat khbr brita daripd mohd raysdan mohd rais....
bahawa sesungguhnya, akn diadakan majlis futsal....
tepat jam 12 mlm...
ermmmm...tu la yang aku tunggu sebenarny.....
wahahahaha

selamat tinggal geosejah & tektonik.....
mmmuuuaaahhhhhhh.......

pppssstttt......
trase ingin pulang ke rumah...
dh lme x blk rmh....
mak sdg mnanti d rumah....
x nk bia mak dok sorg2 kt rmh.....
msti ingt aku ank mnje kn...waaahhhaahhaaaaa........

Saturday, October 31, 2009


menaip utk menghilangkn kebosanan.....
tatkala exam mikropaleontologi yang bakal menjelma next week.....

21hb-23hb Oktober
telah berlangsung seminar latihan ilmiah 1......
bertempat di bilik mesyuarat bangunan geologi UKM & makmal peta bangunan geologi UKM....
kesemua pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda bagi kursus geologi perlu membentangkan tesis mereka bermula dari awal hinggalah hasil terkini kajian mereka.....
setakat ini dahulu utk pendahuluan.....

bagi aku, seminar nie best....
walaupun kne tembak bertubi-tubi oleh para pensyarah, namun ia tlah memberi pengajaran yang berguna buat semua.....
aku pun kne serang.....tiada satu serangan pun yang aku berjaya mengelak....
dan aku hanya mampu membalas semua persoalan tersebut dengan senyuman.....

trime kasih kpd semua pihak yang telah mengadakan seminar nie..

caucinci.....sehingga bertemu lg dgn kisah yang membelenggu hidup ini....

Tuesday, October 20, 2009

tak sempat memerut......


x dapat dipisahkan lagi dengan menatang nie....


sape bleh tolong bagitau aku ap yang ada dalam nie...

hhhuuuuaaaawww....
minggu nie merupakan minggu yg perit bg aku hinggakan nak memerut pun x sempat....
report seminar..
report mikropaleontologi....
slide show pembentangan....
pembentangan tesis.....

mungkin ini dugaan pelajar tahun akhir geologi ukm....
ibarat lembu dicucuk idong, aku menurut segala kemahuan profesor2 aku...
aku harap, lepas pembentangan tesis nie, aku dapat kembali bernafas....
sementara menanti semester akhir yang pasti akan menentukan hala tuju aku....