Saturday, February 6, 2010

BeRakiT-RakiT di hUlu......





29-31hb JANUARI 2010......

KK,UKM kembali lagi dengan Kembara Nur Lembah Lenggong....
Anjuran Rakan Muda UKM dengan kerjasama Kolej Rahim Kajai & Kolej IbrahimYaakub.....
Dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan...
  • Berakit di Sungai Perak
  • 'Flying Fox' merentas Sungai Perak
  • 'Night Walk'
  • 'Jungle Treking' hutan semula jadi
  • Melawat Muzium Arkeologi Lenggong
  • Macam-macam lagi....
-------------------------------------------------------------------------
Kem kali nie dirasakan antara program KK yg berjaya selepas Kembara Tasik Kenyir (2008), Ekspedisi Sedayu River Camp (2009).....

peristiwa menarik kali nie:
  • makanan lebih mantap berbanding kem2 sblm nie...tahniah & jutaan terima kasih diucapkan kepada L*%CAP, B@OL, S*AL & urusetia makanan yang laen.....haha
  • aktiviti yang padat sehinggakan peserta hanya dapat tido 4 jam sehari......hal ini telah dibuktikan dengan urusetia yang tiada masa untuk tido langsung.....
  • terdapat 2 orang urusetia khas yang diangkut dari HUKM untuk menjaga kesihatan para peserta....hal ini dibuktikan dengan tiadanya masalah kesihatan sepanjang program....kecuali demam & sakit hati.....
  • bunyi harimau semasa 'Jungle Treking'....pendapat laen menyatakan itu hanyalah bunyi kentut seseorang....mungkin uncle....
  • bertemu dengan PERAK MAN di Muzium Arkeologi.....walaupun tidak sempurna lagi, beliau tetap mempunyai pengenalan diri iaitu kad pengenalan gergasinya.......
  • 'Flying Fox' dengan gaya SUPERMAN memberi sedikit kesan kepada peserta lelaki...wahahaha...keasa apa..???tu yang kite tak tau tu.....
  • terdapat salah seorang urusetia yang hampir tersalah menaiki bas.....walaupun bas tersebut adalah bas UKM, tetapi destinasinya berlainan...Pulau Pangkor barangkali.....
  • istilah "grenade" menjadi pegangan para peserta sepanjang program.....
tidak berdaya lagi nak ceritakan segalanya..
sangat rugi buat mereka yang terlepas program nie.....
kalau datang UKM semata-mata untuk belajar, lagi la rugi....
dah keje nanti, susah nk cari program2 mcm nie......

tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah...B*RUA.....
KEMBARA tetap di hati...............



MALAM BBQ


MENGESAN BUNYI TAPAK KAKI



BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN



JUNGLE TREKKING DI LATA KEKABU




GAYA SUPERMAN....SAKIT TANG MANA.??





PERAK MAN BERSAMA I/C NYA....




KKUKM



ppssstttt://setiap kali kem, mesti ramai peserta wanita....tu yang best tu...hahahaha

Thursday, February 4, 2010

wAkil SemUa....

21hb JANUARI 2010.....

sama seperti universiti laen....
Pilihan Raya Kampus (PRK)....UKM...
bermula dengan penamaan calon pada 18hb....
diteruskan dengan tempoh berkempen selama 3 hari.....
kemenangan berpihak kepada Aspirasi UKM...(21-14).......

apa yang besh..???
  • 2 orang rakan aku menjadi calon pada PRK kali ini....saudara Rasydan n Aiman....bertanding untuk kerusi Fakulti Sains & Teknologi (FST)....mereka yang aku kenali sejak dari bangku matrikulasi lagi....yang kini bersama-sama berjuang dalam bidang geologi.....
CALON KITA......(RASYDAN & AIMAN)
  • aku menjadi pencadang kepada saudara Rasydan yang bertanding bawah tiket Aspirasi UKM.....


MEMPERAGAKAN BAJU GAYA UKM
  • salah seorang jentera Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dirasuk.....membuatkan semua berkempen didalam surau hingga subuh hari....
  • berlaku pertelingkahan antara 2 pihak jentera...tentang kes penurunan banner calon.....ada pengajaran yang boleh diambil.....
  • melihat awek-awek Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) berkawal ditengah malam sepanjang tempoh berkempen....membuatkan ramai yang tertarik untuk ke KPZ....
  • berlaku rusuhan yang dasyat di UKM selepas pengumuman dilakukan......keamanan UKM terjejas...mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih.....
semua yang disenaraikan ini adalah antara perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang PRK....banyak lagi yang menarik....tapi sukar untuk dinyatakan disini.....
kepada mereka yang berjaya dalam PRK kali ini, jalankan tugas anda.....
supaya tiada pihak yang kecewa......



MEREKA YANG MENDAPAT TEMPAT DIHATI WARGA FST

pppssssttttt://PRK turut memberi kesan kepada KK......