Sunday, August 22, 2010

Hari PeRtAbaLAn..........






rasanya hampir sedekad mengikut perkiraan aku sendiri...
akhirnya aku terbukak blog aku sendiri....

tapi, apa yang menyedihkan,
tiada apa2 perubahan pada blog aku...
ingatkan bila terbukak nie, kot2 blog aku bertambah cun ker...lawa ker....
tengok same jer....
bak kata Ust. Tasu (SIS) "mandom" jer......

takpa lah....
kali nie biarlah aku berkongsi hari graduasi aku....
hari aku dinobatkan sebagai graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Geologi...
Walaupun 3 tahun sebelum nie aku tidak rela menerima geologi hadir dalam kamus hidup aku,
tapi, akhirnya aku tetap redha dengan ketentuanNya....
sehinggakan kini bergelar Ahli Geologi untuk sebuah company....(seperti tidak percaya sudah berada di alam pekerjaan)

Syukur kepada Allah atas kurniaanNya......
Terima KAsih kepada keluarga aku yang telah banyak berjasa.....
terutama kepada MAK & ABAH.....
tapi sedih, sebab abah tak der bersama masa hari graduasi nie...abah tak dapat nak tengok........(memang impian abah nk tengok aku masuk UKM)....(Al-Fatihah buat Arwah)

Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Banyak sangat nak nyatakan...kena kira dari umur aku 1 jam sampai la sekarang....

Malas nak berucap panjang...
Aku share cikit gambar dh la....

























pppssssssttttttt://banCi penduduk & perumahan....maklumat Anda semua sangat diperlukan....

Monday, June 14, 2010

KambiNg oH KamBinG....

14hb Jun 2010-bilik Aspirasi KIY

buat kesekian kalinya, menaip di bilik kiy nie..
tanpa arah tuju...
tanpa tujuan yang sebenar....
mari berkongsi cerita...

hari tu (11-13hb Jun 2010)
aku blik kampung...
ada majlis Aqiqah anak sedara aku....

apa yang menarik bagi aku adalah persoalan yang muncul dalam kepala otak aku.....
persoalannya adalah...
mengapa selalunya lelaki yang menjadi tukang masak dalam majlis2 seperti kenduri nie..???
adakah ini membuktikan lelaki lebih handal memasak terutamanya untuk kuantiti yang banyak..???
tapi aku tau, bukan semua lelaki tau masak...
aku pun x pandai masak....
masak megi pun suroh mak....
goreng telor pun suroh mak....
nak buat macam mana, dah memang mak aku masak sedap....
hahahaha....

1st time aku tengok kambing dipamkan angin selepas sembelihan dilakukan...
untuk memudahkan sesi lapahan....
guna pam basikal plak tu....
abeh semua bahagian mengembang....
hahahaha....

kereta NAF 5000...
dihidupkan semula untuk tujuan yang amat penting....
digunakan untuk menjemput kambing tersebut....
kurung dalam 'bonet'...
abeh bau kambing....
pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bau tersebut......
hahahaha....

sedikit gambar untuk dikongsi....

anak sedaraku...(arisa)


tenaga yang digunakan untuk lapahan kambing....


tenaga-tenaga Pemasak

ppppsssstttt://gumbira berkumpul bersama ahli keluarga....

Tuesday, June 8, 2010

SegaLanYa.....

8hb Jun 2010-bilik Aspirasi KIY

aku tak tau nie kali ker brape aku meng'blog'kan diri aku kt KIY nie.....
selagi tak habis kerja, selagi tu la ter'blog' kat sini.....

kali nie saja aku nak cuba berfikir sendirian sejenak....
orang selalu ungkap "jodoh & pertemuan, ajal maut & rezeki di tangan Allah"....
ungkapan ini baik....
tapi, mungkin boleh bertukar kepada yang sebaliknya....

ungkapan ini baik.....
sebab dapat mendidik kita supaya bersyukur dengan apa yang ada....

tapi, bagaimana pula bagi mereka yang menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa berusaha....
dalam fikiran mereka, usaha kuat mana sekali pun tidak berguna kerana Allah telah tetapkan segalanya.....

murid-murid sekalian,
kita semua pernah dengar bahawa takdir kita telah tertulis di Luh Mahfuz....
tapi, kita sendiri tak tau apa yang tertulis di sana....
jadi, antara 1 sebab kenapa kita tidak diberi tahu apa yang tertulis adalah kerana, Allah nak kita semua berusaha.....
disertai dengan doa & tawakal....
perlu diingat bahawa,
Dialah yang menulis nasib seseorang di Luh Mahfuz, dan Dialah yang berhak mengubah nasib yang telah ditulisNya itu.....


jika penulisan aku kali ini salah atau bertentangan dengan agama, silalah beri teguran....
sesungguhnya aku hanya seorang yang lemah.....

ppppssstttt://bagaimana pula dengan aku..????

Friday, June 4, 2010

KebOdoHAn siApA....???

4hb Jun 2010-Bilik Aspirasi KIY....

Entri kali nie, aku ingin menjawab persoalan orang ramai...
Berkenaan, lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang aku letak kt blog aku nie...

Orang sekarang,
terlalu mudah membuat andaian...
sangat senang membuat andaian....
tanpa berfikir..
kalo andaian yang positif tak per la jugak...

Beberapa orang telah mengatakan bahawa sesungguhnya aku adalah peminat AF...
hanya kerana aku letak lagu mamat yang bernama Syahir nie....



Kamon bro....
begitu cetek pemikiran lu....
bg aku,
hanya orang bodoh membuat andaian macam tu....
pliz think outside the box (bak kata ese sole ricardo @ hishamuddin)

aku tak minat sape-sape pun...
aku rase, diorang yang minat kat aku.....

Aku letak lagu nie sebab lagunya boleh dilayan...
lirik pun boleh dikategorikan tangkap leleh...
biasala....
aku memang jiwang...
jiwang tapi tak romantik....
aku tau selalunya pompuan tak suka orang yang jiwang.....
sbb tu aku suka jiwang...haha

tahniah kepada pencipta lagu..
Eddry KRU....

kalo nak download,
ada kat sini

pppsssssttttt://apsal tak der update utk Adnan Sempit The Series Episod 8....???

Wednesday, June 2, 2010

KemBali MeRindu....

2hb Jun 2010-bilik aspirasi KIY...

dah lama aku tak tengok wayang....
aku bercadang nak tengok awek aku yang ke-73 berlakon....
citer yang tengah best sekarang....
hari tu nak tengok tapi full....
tiap-tiap malam full....
mungkin waktu berkerja jer yang kosong kot.....
aku tunggu gak kot-kot ada yang nak ajak aku tengok....
nampaknya, terpaksa la aku tunggu sampai ada orang bagi link untuk doownload citer nier....
"Prince of Persia".....


filem last yang aku tengok awek ke-73 aku nie berlakon dalam citer "Clash of The Titans".....
lepas tu, dah tak tengok lagi die blakon.....
hahahahha...........




pppssstttt://rindukan seseorang......

Tuesday, June 1, 2010

BerSediakah Aku...



"Seperti di negara lain, rakyat Malaysia turut berdemonstrasi membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dengan 'menyerbu' bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini"-petikan dari Malaysiakini.Com

Rasanya hampir 1 dunia tau tentang serangan yang telah dilakukan tentera Israel terhadap bantuan kemanusiaan yang telah dihantar ke Palestin.....

Apa yang kita mampu lakukan..???
Selain membuat demonstrasi.....(mampukah melemahkan mereka?)
Selain menyalah pemimpin...(pemimpin mana yang maukan perkara nie berlaku?)
Selain memboikot sebarang jenis perkara yang melibatkan orang-orang Yahudi nie....(selama mana kita mampu boikot?)
??????

Aku rasa, bukan sekarang masanya untuk kita salahkan sesiapa.....
Masa nie la sepatutnya semua pihak perlu bersatu....
Kalau boleh, jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pihak yang lain dengan menyalahkan pihak lain tersebut...

Bagi aku sendiri,
aku rasa, aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat
dan berdoa semoga Allah membantu umat Islam di dunia ini...
Sesungguhnya DIA adalah yang paling berkuasa keatas semuanya....

Untuk berjihad..???
bersediakah aku..????
aku hanya mampu tinggal persoalan di sini...
kerana aku sendiri tak dapat menjawab....

pppssstttt://''Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Thursday, May 27, 2010

mUsyKiL....

27hb Mei 2010-Bilik Aspirasi KIY

Semalam (26hb Mei 2010)....
aku terjumpa buku LAGEJ....
Aku ingat buku panduan pengguna kat KLIA ker aper....

mungkin aku agak ketinggalan sikit...
sebab baru aku tau rupanya yang tu buku koleksi catatan penulis blog terpilih dengan gaya penulisan ALTERNATIF...

aku ada menjengok cikit isi-isi dalamn buku tu,
ingin cuba mencari apa yang dimaksudkan dengan gaya penulisan ALTERNATIF...hehe
memang pelbagai gaya penulisan penulis-penulis blog yang ada....
mungkin itu yang dimaksudkan dengan ALternatif kot..

aku yakin, semua penulis-penulis dalam buku nie adalah antara mereka yang aktif dan berjaya dalam blog mereka....


Apa yang bermain diminda adalah, wajarkah penulisan-penulisan ini dibukukan?
aku tak cakap benda nie tak wajar...
tapi, agak musykil...
haha....
walaubagaimanapun, mungkin ini yang dikatakan inovasi...

sekian untuk kali ini.....

ppssstttt://virus H1N1 kembali menyerang. Berwaspadalah....

Wednesday, May 19, 2010

MASKULIN

Alhamdulillah...

tanggal 19hb May 2010...
aku bersama beberapa pengarang yang lain, berjaya menghasilkan Majalah MASKULIN.
dengan isu hangat yang dibincangkan adalah KUASA & STATUS: Dalam Konteks Organisasi..

Bermula dengan teori,
isu kuasa dan status dikupas satu persatu...
untuk mengetahui lebih lanjut dan apa yang terkandung dalam majalah ini,
silalah -download majalah ini.

hahahahahahahahah

pppssstttt://kenapa Melayu bermusuhan dengan Melayu???

Sunday, May 16, 2010

TeristimEwa....

Ada dua perkara untuk kali ini....

1)SELAMAT HARI IBU

ada yang panggil ibu....
ada yang panggil mama....
ada yang panggil mami....
ada yang panggil mom....
aku panggil mak.....
harap tak der yang panggil mereka 'oi....hey...oit'....
agk kasar bunyinya....

hari tu aku terlewat wish...
lewat sehari..
gara-gara ter'busy'.....
tapi itu bukan tanda aku tak sayang mak aku....
bukan tanda aku lupa mak aku.....
hanya mereka yang bodoh dan bangang sahaja yang tidak sayang akan ibu sendiri....

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada puan Rusnah bt. Hamid...

hargailah mereka selagi kita berkesempatan....
'kasih ibu membawa kesyurga....'




2)SELAMAT HARI GURU

bermula dengan tadika...
diteruskan dengan sekolah rendah (Sek. Keb. Titi Serong)...
berlanjutan ke sekolah menengah (Sek. Izzuddin Shah)...
berjuang sehingga matrikulasi (KMNS)...
akhirnya di universiti (UKM).....

semuanya berpunca dengan guru....
yang diibaratkan ibu bapa kita apabila di sekolah....
ada yang menganggap guru umpama lilin....
yang kononnya sanggup membakar diri demi menerangi ketika kegelapan....
tetapi, mungkin lebih menarik jika mereka diibaratkan seperti mentari yang memberi sinaran keseluruh alam....

buat guru-guru ku dan semua guru diseluruh pelusuk dunia, Selamat Hari Guru di ucapkan....





pppssstttttttt://pernah tak sape2 panggil guru mase kt sekolah..???selalunya orang panggil cikgu...

Thursday, May 6, 2010

Apabila OraNg giLa bUntU beRbiCara....

setelah hampir 2 bulan tidak m'update blog nie....
kali nie ingat nak update...
tapi tak tau nak update tentang apa....

nak update pasal Bagan Lalang Geologi UKM 07/08,
dah ramai sangat bercerita pasal benda tu...

nak update pasal rakan-rakan Geologi UKM 07/08,
juga bertimba-timba yang cerita pasal benda tu...

kalo aku cerita tentang itu,
aku seperti mengulang cerita mereka yang telah bercerita....

<.....selepas 10 minit berlalu...>

masih buntu untuk mendapatkan idea...
menungging, mengiring, meniarap, terlentang,....
tak dak apa....

terfikir nak cerita aktiviti aku sekarang,
tapi, tak payah la kot,..
terlalu menarik untuk dicerita....

laen kali jer la...
tunggu dapat hidayah dulu..
baru update laen....

pppssstttt://///menaip sambil cuba m'apply kerja...jadi, jika ada kekosongan, sila hubungi ABG USTAZ...

Sunday, April 4, 2010

Rutin Tahunan



sudah lama x meng"update"....
akhirnya t'gerak juga untuk melaksanakannya........

12-21hb Mac 2010....

Kem Usahawan Muda Permata PKNS kembali lagi...
Kali nie dengan beberapa orang muka baru yang bergelar fasilitator....
Termasuklah KF yang berwajah baru....

Kem yang ber"fokuskan" kearah melahirkan usahawan yang berjaya,
telah tidak berlangsung seperti biasa...
Sukaneka Berteraskan Air-tiada lagi,
kerana paip kat Dewan Gemilang telah dikunci...
Mungkin kedekut agaknya.....
Kemuncak aktiviti-Kembara Minda-tidak dilaksanakan...
disebabkan kurangnya tenaga Fasi.....
masalah cuaca juga antara faktor yang tersenarai....

Provokasi..???
Tetap wujud...walaupun hanya untuk fasa 1.....
Apa yang dasyatnya, KF turut meng"provok"....
Di akhirnya, Kf jua yang memberi kesimpulan.....
Juga disebabkan kekurangan tenaga penggerak....

Walaubagaimanapun,
Ada pembaharuan telah dilakukan...
Peserta dikehendaki menjual produk mereka di Pusaneka, UKM....
Memberi pendedahan awal kepada para peserta tetang keadaan sebenar apabila ingin bergelar seorang usahawan......
Hanya itu sahaja pembaharuan yang ada....

Peristiwa paling dasyat....
"Tragedi Bukak Lampu"...
-peristiwa ini tidak dapat diceritakan dengan lebih lanjut kerana menyentuh sensitiviti warga fasilitator-

Kredit kepada barisan fasilitator-Kepit (KF), Ajak, Adam, Am, Syazli, Arif, Nisah, Muna,Lili, Huda, Linda, Zul ,BASIAXXX....

Sekalung Penghargaan kepada pihak PKNS & pihak ALUMNI.....

Ini sahaja laporan untuk kali ini...
Laen hari jumpa lagi.....

ppppssssstttttt://BS1M...bagaimanakah keadaannya sekarang agaknya...Jatuh atau NAek...????


Tuesday, March 9, 2010

CBD PON PON....

07 MAC 2010........

berbekalkan 2 bijik kereta, dengan riang ria gembira, BASIAXXX, KAKASHI, EPUL, EPEN, CEPOT, KEPIT bergerak menuju ke auditorium MBSA.....Raja Lawak Astro Musim Ke-4 Finale.....

pada seawal-awalnya, nak gie 9 orang....tapi apakan daya, hanya 6 tiket jer dapat....
naseb baek free.....yang tak dapat sertai tu, jangan 'down' ok..???
secara spontan jer cadangan nak menonton secara 'live' nie....tibe2 menjadi kenyataan.....

seperti yang sedia maklum, peserta finale....
alex (megi saya sudah kembang)...
kecik (asal dari kampung)....
idlan (abang kasim pon pon)..

1st time tengok live....
menarik gak la....
dapat tengok apa yang berlaku disebalik kaca televisyen bila time iklan.....
dapat tengok macam mana penonton menipu diri sendiri untuk tepuk tangan apabila diberi arahan...

memang tak dinafikan, JOZAN yang paling lawak....
time iklan, mmg lawak giler....
mungkin benar mereka hanya sesuai digandingkan berdua.....

komen aku untuk peserta....
alex-pandai berlawak...mungkin saiz badan menjadi puncanya tewas....
kecik-hanya 1 modal saja untuk berlawak....salah sebut...contoh: poligami jadi politeknik....
idlan-tak tau kat mana kekuatan dia untuk berlawak...kadang memang lawak...tapi sejak akhir-akhir nie, semuanya tak jadi....

jadi, tahniah buat semua.....
taun depan sila kekalkan juri & pengacara ok..???


sempoat teguk air din beramboi....


bakal menyertai ujibakat pengacara musim depan...


tak dapat dengan jozan, johan pun jadi la......


tingkat 4&5 free seating...



Friday, March 5, 2010

KOLOT ENTERTAINMENT SDN BHD


2nd MAC 2010...



sudah lama tidak m'update,
kali nie kembali dengan emosi....
emosi-mengikut takrifan wikipedia ianya adalah istilah yang digunakan untuk keadaan mental dan fisiologis yang berhubungan dengan beragam perasaan, fikiran & perilaku.....

tapi aku tetap tak paham dengan apa yg cuba disampaikan oleh pakcik wiki nie...
mungkin ramai yang lebih arif tentang emosi nie....
tapi, arifkah kita dalam mengurus emosi tersebut..????
bijak kah anda dalam menguruskan emosi anda ketika gembira..???sedih..???

jadi, dengan taksubnya aku nak berkongsi cara menguruskan emosi yang paling tepat....
ketika gembira, kena marah, takot & kecewa......




nk tengok klik play....

pelakon utama: ESE
pelakon pembantu: KASHI, DIN, ASAN, BASIAXXX
camera man: saleh
pengarah: JIMIE
terbitan: KOLOT ENTERTAINMENT SDN. BHD

ppsssttttt://sejak melibatkan diri dalam bidang lakonan nie, pelakon utama nie sedang hangat digosipkan dengan seorang pelajar ukm jurusan sains laut.....

Saturday, February 6, 2010

BeRakiT-RakiT di hUlu......





29-31hb JANUARI 2010......

KK,UKM kembali lagi dengan Kembara Nur Lembah Lenggong....
Anjuran Rakan Muda UKM dengan kerjasama Kolej Rahim Kajai & Kolej IbrahimYaakub.....
Dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan...
  • Berakit di Sungai Perak
  • 'Flying Fox' merentas Sungai Perak
  • 'Night Walk'
  • 'Jungle Treking' hutan semula jadi
  • Melawat Muzium Arkeologi Lenggong
  • Macam-macam lagi....
-------------------------------------------------------------------------
Kem kali nie dirasakan antara program KK yg berjaya selepas Kembara Tasik Kenyir (2008), Ekspedisi Sedayu River Camp (2009).....

peristiwa menarik kali nie:
  • makanan lebih mantap berbanding kem2 sblm nie...tahniah & jutaan terima kasih diucapkan kepada L*%CAP, B@OL, S*AL & urusetia makanan yang laen.....haha
  • aktiviti yang padat sehinggakan peserta hanya dapat tido 4 jam sehari......hal ini telah dibuktikan dengan urusetia yang tiada masa untuk tido langsung.....
  • terdapat 2 orang urusetia khas yang diangkut dari HUKM untuk menjaga kesihatan para peserta....hal ini dibuktikan dengan tiadanya masalah kesihatan sepanjang program....kecuali demam & sakit hati.....
  • bunyi harimau semasa 'Jungle Treking'....pendapat laen menyatakan itu hanyalah bunyi kentut seseorang....mungkin uncle....
  • bertemu dengan PERAK MAN di Muzium Arkeologi.....walaupun tidak sempurna lagi, beliau tetap mempunyai pengenalan diri iaitu kad pengenalan gergasinya.......
  • 'Flying Fox' dengan gaya SUPERMAN memberi sedikit kesan kepada peserta lelaki...wahahaha...keasa apa..???tu yang kite tak tau tu.....
  • terdapat salah seorang urusetia yang hampir tersalah menaiki bas.....walaupun bas tersebut adalah bas UKM, tetapi destinasinya berlainan...Pulau Pangkor barangkali.....
  • istilah "grenade" menjadi pegangan para peserta sepanjang program.....
tidak berdaya lagi nak ceritakan segalanya..
sangat rugi buat mereka yang terlepas program nie.....
kalau datang UKM semata-mata untuk belajar, lagi la rugi....
dah keje nanti, susah nk cari program2 mcm nie......

tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah...B*RUA.....
KEMBARA tetap di hati...............



MALAM BBQ


MENGESAN BUNYI TAPAK KAKI



BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN



JUNGLE TREKKING DI LATA KEKABU




GAYA SUPERMAN....SAKIT TANG MANA.??





PERAK MAN BERSAMA I/C NYA....




KKUKM



ppssstttt://setiap kali kem, mesti ramai peserta wanita....tu yang best tu...hahahaha

Thursday, February 4, 2010

wAkil SemUa....

21hb JANUARI 2010.....

sama seperti universiti laen....
Pilihan Raya Kampus (PRK)....UKM...
bermula dengan penamaan calon pada 18hb....
diteruskan dengan tempoh berkempen selama 3 hari.....
kemenangan berpihak kepada Aspirasi UKM...(21-14).......

apa yang besh..???
  • 2 orang rakan aku menjadi calon pada PRK kali ini....saudara Rasydan n Aiman....bertanding untuk kerusi Fakulti Sains & Teknologi (FST)....mereka yang aku kenali sejak dari bangku matrikulasi lagi....yang kini bersama-sama berjuang dalam bidang geologi.....
CALON KITA......(RASYDAN & AIMAN)
  • aku menjadi pencadang kepada saudara Rasydan yang bertanding bawah tiket Aspirasi UKM.....


MEMPERAGAKAN BAJU GAYA UKM
  • salah seorang jentera Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dirasuk.....membuatkan semua berkempen didalam surau hingga subuh hari....
  • berlaku pertelingkahan antara 2 pihak jentera...tentang kes penurunan banner calon.....ada pengajaran yang boleh diambil.....
  • melihat awek-awek Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) berkawal ditengah malam sepanjang tempoh berkempen....membuatkan ramai yang tertarik untuk ke KPZ....
  • berlaku rusuhan yang dasyat di UKM selepas pengumuman dilakukan......keamanan UKM terjejas...mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih.....
semua yang disenaraikan ini adalah antara perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang PRK....banyak lagi yang menarik....tapi sukar untuk dinyatakan disini.....
kepada mereka yang berjaya dalam PRK kali ini, jalankan tugas anda.....
supaya tiada pihak yang kecewa......



MEREKA YANG MENDAPAT TEMPAT DIHATI WARGA FST

pppssssttttt://PRK turut memberi kesan kepada KK......

Sunday, January 10, 2010

CUTEBABYBOY YANG MENANG.....


9hb JANUARI 2010.......

Cutebabyboy & Yang Menang......
dua nama team yang menarik.....
menyertai futsal GEOLOGI-UKM.....
kategori UNIVERSITI....

Player Yang Menang:
Aimirul Fahmi (KAKASHI), Mohd Harisuddin (SUDIN), Fahrul Afifi (FIFI), Sa'id Hasan (KEPIT), Mohd Helmi (AMY), Mohd Zaki (ZAKI), Mohd Rashdan (DAN), Abdul Razak (AJAK), Mohamad Basir (BASIAXXX)......
(TERLUPA NAK SNAP GAMBO YANG MENANG..)

Player Cutebabyboy:
DIN GEO, KONAN GEO (KAPTEN KIT), MANAN GEO, JIMIE GEO, KASHI GEO, AUNI GEO, NIPON GEO, ZAM member DIN GEO, SHAFIQ GEO, BASIAXXX GEO....


CUTEBABYBOY......


RESULT::::::
Yang Menang VS Paceroh FC 0-0
Yang Menang VS ISFT Merah 0-0
Yang menang VS Bunker FC 2-0

Cutebabyboy VS MPI FC (i'm sori...x bleh bg tau....)
Cutebabyboy VS Pantera Kilat 1-2
Cutebabyboy VS Polo FC 0-1
-------------------------------------------------------------------------

agak kecewa yang aku rasakan apabila Yang Menang tidak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya......
disebabkan oleh perbezaan jaringan....
tapi tetap bangga dengan peningkatan team n "tanpa bolos" yang dialami.....
mungkin belum ada rezeki.........

walau bagaimanapun...
buat Cutebabyboy....
ini tournament pertama yang kita sertai....
mungkin kita perlu lebih kerap mengadakan perlawanan selepas ini....
banyak permintaan nk lawan ngn GEO..don wori...haa....

-------------------------------------------------------------------------

betapa hebat tak hebatnya aku....
boleh join 2 team skali.....
demi keseronokan, aku sanggup...hahaha

tahniah buat student 2nd Year GEOLOGI....
yang berjaya menganjurkan tournament secara besar-besaran ini.....

sekian laporan untuk kali ini....
-melaporkan dari k16A 406 KRK,UKM (12.00 pm)-

pppppppssssssstttttttttt://terima kasih buat penaja team Yang Menang...haha

Sunday, January 3, 2010

yang menang........


2hb JANUARI 2010........
belum terlambat untuk mengucapkn selamat tahun baru kepada semua.....
post nie bukan tentang tahun baru, mahupun azam tahun baru dan juga tidak termasuk dalam bajet 2010.....

dengan azam tahun baru yang tinggi,
majlis festivel kajai (MeFeK) telah menganjurkan pertandingan futsal yang aku sendiri pun tak pasti tertutup @ terbuka UKM..........
berbanding tahun lepas, tahun nie hanya di sertai oleh 18 pasukan sahaja........
(waduuhhhh,,, dah macam penulis akhbar sukan plak.....)

dengan berbekalkan nama team "yang menang", serta ahli pasukan yang kacak-kacak belaka (sudin, ajak, emi, rashdan, joe, basiaq, dan diketuai oleh fifi) pasukan aku mengorak langkah menuju ke gelanggang....
dan akhirnya.....
ym FC vs Rokaholic FC 0-2......
ym FC vs Geletah FC 1-0.........
ym FC vs Putra FC 1-2.....

penyingkiran diperingkat kumpulan memang sudah dijangka...
& memang itu y ang kami harapkan....
jadi, tiada istilah kecewa dalam diri kami.....
tahniah buat Putra FC yang menjadi juara futsal MEFek...........
(uisshhh....macam bleh tulis untuk info kajai nie....)

sekian sahaja untuk berita kali ini...
sehingga bertema lagi dihari dan waktu yang telah ditakdirkan.....
-melaporkan dari k16A 405-

ppsssstttt://futsal geologi-ukm menanti....team mne yg aku nk masok nie....kajai @ geo..????