Friday, October 31, 2008

pompuan pn bleh try...!!!!

haaa....kdp spe2 yg nk ngorat,kt cni ad bbrpe tknik....
x kire spe2 pn...
x smestiny laki jer yg ngorat...pompuan pn bleh ngorat gk....


Wanita Yang Disasar Berada Dalam Jarak Dekat Setiap Hari.

Dari mata turun ke hati. Jangan memandang rendah kuasa panahan mata ke atas orang yang ditenung. Jika berkenan dengan seseorang wanita yang berada dalam radar setiap hari, pastikan wanita itu menyedarinya. Kerling, pandang atau tenung beliau apabila berpeluang. Tatkala dia perasan, berikan dia sedikit senyuman. Janganlah tenung sampai dia ingat kamu penghendap profesional tetapi gunakan mata anda untuk menyatakan yang anda berminat untuk mendekati dia. Biarkan dia 'perasan' dan apabila mata kail sudah kena, barulah masuk jalan dengan menegur atau mengajak dia keluar makan bersama. Ada berani??

Ingin Mendapatkan Nombor Telefon Daripada Wanita Yang Belum Dikenali. Sebagai contoh anda berada di dalam satu kawasan seperti di pameran tetapi anda tidak tahu samada anda akan berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Belikan dia secawan kopi atau Starbucks atau yang kurang bajet, air mineral pun boleh, dan selitkan nombor telefon anda di sana. Tuliskan "Call me". Dijamin anda akan mendapat nombor telefon si gadis dalam masa kurang satu jam. Kalau lebih berani, terus berikan dia nombor telefon anda sambil berkata seperti "Hi beautiful, call me," dan walk away. Jangan sesekali nampak terdesak kerana wanita tidak suka lelaki terdesak atau mendesak. Dan pujian selalu menjadikan wanita cair.

Berkenalan Di Alam Maya Siber.
Walaupun berada di alam maya, kualiti perbualan antara kau dan dia akan memastikan hubungan kamu menjengah realiti atau terus lenyap di alam fantasi. Apabila berbual, jangan ada unsur-unsur terdesak, contohnya apabila dia tidak menjawab, anda terus menerus bertanya "Hello.....Kat mana??" "Ada tak ni?" "Hellooooooo!!!!"Relaks.....Dia akan menjawab apabila dia available. Jangan ada ciri lelaki miang dengan memberi soalan-soalan peri-body yang memalukan. Gatal sedikit ok tetapi bukan miang. Elakkan dari bercerita soal-soal sedih dan memurungkan. Ceriakan perbualan dengan lawak jenaka, puji si dia sekali sekala dan sekali lagi, jangan terdesak.

so...tnggu ap lg...
try la...hahaha

1 comment:

Mohd Rasydan said...

alamak.. ni apasal sme cm teknik yg aku praktikkan tiap2 ari ni? haha..