Wednesday, July 8, 2009

sahabat......














Biar tidak ada wang, jangan tidak ada sahabat. Biar kehabisan wang, jangan kehabisan sahabat, Biar putus wang, jangan putus sahabat. Sahabat adalah barang yang paling berharga daripada ringgit, dinar dan dirham.

Persahabatan yang diikat antara satu sama lain, hampir-hampir serupa seperti tali hubungan perkahwinan. Ia mengikat perasaan, mengikat fikiran, mengikat masalah, mengikat kebahagiaan hingga dirasakan semua itu adalah milik bersama.

Persahabatan yang sebenar-benarnya adalah yang dapat merasai susah sama-sama susah dan senang sama-sama senang, menang sama-sama menang, kalah sama-sama kalah, pahit-sama-sama pahit dan manis sama-sama manis. Inilah persahabatan yang sejati yang datang dari lubuk hati, yang tumbuh dari hati yang murni.

Persahabatan adalah nikmat yang paling tinggi yang dapat dicapai dalam perhubungan manusia sesama manusia.Orang yang telah mendapat nikmat Iman tidak akan berpatah balik ke belakang walaupun dicampak di dalam unggun api yang membara. Orang yang telah mendapat nikmat persahabatan , nikmat ukhwah, nikmat persaudaraan tidak akan dapat dipisahkan oleh benua dan negara, tidak akan dapat dipisahkan walaupun dihasut dan difitnah. Ia padu lebih padu daripada besi waja, lebih padu daripada batu pejal. Ia seperti air, ditetak tidak akan putus, dicincang tidak akan berkecai, dihempas tidak akan pecah.Kalau dipisah pun ia akan bersatu semula. Lihat tabiat air, ia boleh berada dimana-mana tetapi akan kembali bersatu. Bila di udara ia sebagai awan, apabila berada di bumi ia sebagai air yang meresap kedalam tanah. Ia berhubung tetapi masing-masing berada di tempat yang
berlainan dan mempunyai berbagai-bagai wajah.
banyakckp

Demikianlah persahabatan itu. Dia adalah satu, satu jiwa, satu perasaan, satu cita-cita tetapi di dalam jasad yang berlainan. Kerana itu Rasul mengingatkan betapa pentingnya ukhwah dan persaudaraan.

Persahabatan dan kasih mesra itu lebih beharga daripada harta, pangkat, kedudukan dan kemasyhuran. Bahkan didalam kubur juga ditanya :"Man Ikhwanuka" ertinya siapakan saudara kamu, dan dijawab "Al Mukminun Ikhwani" ertinya orang mukmin itu adalah sahabat saya.
doa

Persahabatan yang kukuh itu adalah seperti tenaga yang kuat yang dapat digunakan di dalam segala gerak kerja. Lihatlah bagaimana Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w sehingga berjaya memaparkan satu pekerjaan besar yang mampu mewujudkan negara di zaman kegemilangan Islam.
sembah

>>>geocities<<<

1 comment:

HambaNYA said...

Tapi ingatlah sahabat sejati mmg sukar dicari..

jika ada sahabat yang rapat dengan kita pada hari ini jgn terlalu berharap mereka kan kekal dan akan menolong kita bila kita susah nanti..

Mcm ikatan perkahwinan kita tidak boleh letak 100% kepercayaan pada pasangan.. kena ade 1% untuk berwaspada..

Jadilah sahabat yang btul2 mengenali dan menyayangi sahabat kita.. bukan untuk gelak tawa kita sahaja malah tangis dan duka mereka..

Sahabat rasulullah adalah sahabat terbaik sepanjang zaman..