Friday, April 17, 2009

LANGAT....

SUNGAI LANGAT DAN 1001 KENIKMATAN

Sekitaran permai,indahnya dirimu,

Kejernihan air, sucinya jasadmu,

Deruan arus, muzik mainanmu,

Sungguh tidak terkira, nilai intrisikmu


Jernihnya airmu,

Kenikmatan ciptaan ilahi,

Kepada insan yang bijak menghargai.

Di situlah tersembunyi kenikmatan yang tidak terperi


Sumber pengairan,

Sumber makanan,

Sumber yang tiada pengakhiran,

Saling berkaitan,

Bagi setiap yang bergelar hidupan,


Tapi mengapa ia ditinggalkan….

Mengapa ia disalah ertikan?

Mengapa ia tidak diserikan?

Adakah ia tiada daya tarikan?

Ini bukan satu alasan…

Untuk ia yang bergelar….

Sungai Langat yang diciptakan…

(IDEA DAN NUKILAN ASAL : MOHAMAD BASIR BIN HASHIM )

(NO. MATRIK : A119348 )



hahaah...ak b'jya m'dftrkn dri sbgai sasterawan geologi...

tahniah utk ak dan shbt2 geologi yg laen....

rasydan...amacam..????hahaha

4 comments:

babymiLosh said...

arakian,,
inchik rasydan haruslah teruja dan tercabar dgn kewibawaanmu mengarang cheritera langat ini..

heeee~

basiaq said...

hahaah.....
ak lah penglipur....

babymiLosh said...

akulah lara..
haha~

basiaq said...

jgn nk wt sajak kt komen ak nie..haha