Monday, June 14, 2010

KambiNg oH KamBinG....

14hb Jun 2010-bilik Aspirasi KIY

buat kesekian kalinya, menaip di bilik kiy nie..
tanpa arah tuju...
tanpa tujuan yang sebenar....
mari berkongsi cerita...

hari tu (11-13hb Jun 2010)
aku blik kampung...
ada majlis Aqiqah anak sedara aku....

apa yang menarik bagi aku adalah persoalan yang muncul dalam kepala otak aku.....
persoalannya adalah...
mengapa selalunya lelaki yang menjadi tukang masak dalam majlis2 seperti kenduri nie..???
adakah ini membuktikan lelaki lebih handal memasak terutamanya untuk kuantiti yang banyak..???
tapi aku tau, bukan semua lelaki tau masak...
aku pun x pandai masak....
masak megi pun suroh mak....
goreng telor pun suroh mak....
nak buat macam mana, dah memang mak aku masak sedap....
hahahaha....

1st time aku tengok kambing dipamkan angin selepas sembelihan dilakukan...
untuk memudahkan sesi lapahan....
guna pam basikal plak tu....
abeh semua bahagian mengembang....
hahahaha....

kereta NAF 5000...
dihidupkan semula untuk tujuan yang amat penting....
digunakan untuk menjemput kambing tersebut....
kurung dalam 'bonet'...
abeh bau kambing....
pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bau tersebut......
hahahaha....

sedikit gambar untuk dikongsi....

anak sedaraku...(arisa)


tenaga yang digunakan untuk lapahan kambing....


tenaga-tenaga Pemasak

ppppsssstttt://gumbira berkumpul bersama ahli keluarga....

Tuesday, June 8, 2010

SegaLanYa.....

8hb Jun 2010-bilik Aspirasi KIY

aku tak tau nie kali ker brape aku meng'blog'kan diri aku kt KIY nie.....
selagi tak habis kerja, selagi tu la ter'blog' kat sini.....

kali nie saja aku nak cuba berfikir sendirian sejenak....
orang selalu ungkap "jodoh & pertemuan, ajal maut & rezeki di tangan Allah"....
ungkapan ini baik....
tapi, mungkin boleh bertukar kepada yang sebaliknya....

ungkapan ini baik.....
sebab dapat mendidik kita supaya bersyukur dengan apa yang ada....

tapi, bagaimana pula bagi mereka yang menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa berusaha....
dalam fikiran mereka, usaha kuat mana sekali pun tidak berguna kerana Allah telah tetapkan segalanya.....

murid-murid sekalian,
kita semua pernah dengar bahawa takdir kita telah tertulis di Luh Mahfuz....
tapi, kita sendiri tak tau apa yang tertulis di sana....
jadi, antara 1 sebab kenapa kita tidak diberi tahu apa yang tertulis adalah kerana, Allah nak kita semua berusaha.....
disertai dengan doa & tawakal....
perlu diingat bahawa,
Dialah yang menulis nasib seseorang di Luh Mahfuz, dan Dialah yang berhak mengubah nasib yang telah ditulisNya itu.....


jika penulisan aku kali ini salah atau bertentangan dengan agama, silalah beri teguran....
sesungguhnya aku hanya seorang yang lemah.....

ppppssstttt://bagaimana pula dengan aku..????

Friday, June 4, 2010

KebOdoHAn siApA....???

4hb Jun 2010-Bilik Aspirasi KIY....

Entri kali nie, aku ingin menjawab persoalan orang ramai...
Berkenaan, lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang aku letak kt blog aku nie...

Orang sekarang,
terlalu mudah membuat andaian...
sangat senang membuat andaian....
tanpa berfikir..
kalo andaian yang positif tak per la jugak...

Beberapa orang telah mengatakan bahawa sesungguhnya aku adalah peminat AF...
hanya kerana aku letak lagu mamat yang bernama Syahir nie....



Kamon bro....
begitu cetek pemikiran lu....
bg aku,
hanya orang bodoh membuat andaian macam tu....
pliz think outside the box (bak kata ese sole ricardo @ hishamuddin)

aku tak minat sape-sape pun...
aku rase, diorang yang minat kat aku.....

Aku letak lagu nie sebab lagunya boleh dilayan...
lirik pun boleh dikategorikan tangkap leleh...
biasala....
aku memang jiwang...
jiwang tapi tak romantik....
aku tau selalunya pompuan tak suka orang yang jiwang.....
sbb tu aku suka jiwang...haha

tahniah kepada pencipta lagu..
Eddry KRU....

kalo nak download,
ada kat sini

pppsssssttttt://apsal tak der update utk Adnan Sempit The Series Episod 8....???

Wednesday, June 2, 2010

KemBali MeRindu....

2hb Jun 2010-bilik aspirasi KIY...

dah lama aku tak tengok wayang....
aku bercadang nak tengok awek aku yang ke-73 berlakon....
citer yang tengah best sekarang....
hari tu nak tengok tapi full....
tiap-tiap malam full....
mungkin waktu berkerja jer yang kosong kot.....
aku tunggu gak kot-kot ada yang nak ajak aku tengok....
nampaknya, terpaksa la aku tunggu sampai ada orang bagi link untuk doownload citer nier....
"Prince of Persia".....


filem last yang aku tengok awek ke-73 aku nie berlakon dalam citer "Clash of The Titans".....
lepas tu, dah tak tengok lagi die blakon.....
hahahahha...........




pppssstttt://rindukan seseorang......

Tuesday, June 1, 2010

BerSediakah Aku...



"Seperti di negara lain, rakyat Malaysia turut berdemonstrasi membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dengan 'menyerbu' bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini"-petikan dari Malaysiakini.Com

Rasanya hampir 1 dunia tau tentang serangan yang telah dilakukan tentera Israel terhadap bantuan kemanusiaan yang telah dihantar ke Palestin.....

Apa yang kita mampu lakukan..???
Selain membuat demonstrasi.....(mampukah melemahkan mereka?)
Selain menyalah pemimpin...(pemimpin mana yang maukan perkara nie berlaku?)
Selain memboikot sebarang jenis perkara yang melibatkan orang-orang Yahudi nie....(selama mana kita mampu boikot?)
??????

Aku rasa, bukan sekarang masanya untuk kita salahkan sesiapa.....
Masa nie la sepatutnya semua pihak perlu bersatu....
Kalau boleh, jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pihak yang lain dengan menyalahkan pihak lain tersebut...

Bagi aku sendiri,
aku rasa, aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat
dan berdoa semoga Allah membantu umat Islam di dunia ini...
Sesungguhnya DIA adalah yang paling berkuasa keatas semuanya....

Untuk berjihad..???
bersediakah aku..????
aku hanya mampu tinggal persoalan di sini...
kerana aku sendiri tak dapat menjawab....

pppssstttt://''Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."